Pages

Friday, January 27, 2012

Facebook Special Code

Salam untuk semua...

Berjumpa lagi setelah sekian lama menyepi dari berblog.. Orang tengah frust lah katakan.. tu yang jadi malas nak update blog ni.. tu la pasai.. Huhu..

Entri kali ni saya nak share dengan semua orang satu ilmu.. Best tau ilmu ni.. Ini bukan ilmu hitam arr.. Ni ilmu baek punyer.. Sesapa yang nak mencuba dipersilakan, tapi ada syaratnya... Syaratnya cukup mudah... Anda mesti kena ada account facebook.. muahaha.. Mudah kan syarat tu?..Kalau tak de account facebook memang tak leh lah nak praktik ilmu ni.. Ilmu ni sy dapat dari sorang kawan di facebook tadi..

Kat bawa ni ada 13 special code untuk facebook.. Cara nak guna code tu mudah jer.. copy & paste code tu kat facebook.. Letak le kat status, atau kat status kawan-kawan ke.. atau pun boleh juga copy & paste kat ruangan komen.. Mesti best bila dah paste kat situ.. Lepas tu boleh tengok reaksi kawan-kawan facebook kita.. Cuba jangan tak cuba.. Muahahaha..

Ni dia code yang saya maksudkan...

V
V
V


@+[169641833094691:0]
@+[201196766572046:0]
@+[204706579563496:0]
@+[182386781814057:0]
@+[146315405429887:0]
@+[189615511084898:0]
@+[170971026293465:0]
@+[114258511968147:0]
@+[208473789175948:0]
@+[130090523734633:0]
@+[170544496336699:0]
@+[168484239872411:0]
@+[126339314119551:0]

Sebelum publish code tu, PASTIKAN LAMBANG "+" DIBUANG TERLEBIH DAHULU.... 
Lagi satu pesanan saya.. JANGAN TAMAK, JANGAN GUNA SEMUA SEKALI CODE TU.. PILIH SATU JER.. 

Selamat mencuba.. Byeee.. Adiossssssssss


>..<

Friday, December 23, 2011

Warung Ceri Beserah

Assalamualaikom..

Berumpa lagi.. apa kabar kawan2 blogger semua.. harap semuanya dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu..

Kali ni nak cerita pasal makan... dah banyak sangat dah entri kat blog ni asyik citer bab makan je.. masuk dengan yang ni je rasanya dah ada 12 entri.. asyik makan, makan, makan dan makan jer.. huhu.. Ada orang kata makan untuk hidup.. dan ada pula yang kata hidup untuk makan..terserahlah kat korang semua nak pilih yang mana, tapi rasanya yang betul adalah "makan untuk hidup".. tu yang sebetulnya.. Nanti kalau pegang pada prinsip "hidup untuk makan" nanti asyik nak makan je kejenya.. Last-last badan gedebak punya besar baru nak menyesal.. huhu..

Alhamdulillah, sejak lepas Ramadhan yang lepas berat badan dah turun lapan kilo.. Satu perkembangan yang baik untuk diri aku..

Ok, dah habis intro yang entah apa2 tah, belok sana, belok sini, sekarang jom go straight to the topic.. Nak cerita pasal warung ceri kat beserah.. Hari ni (Sabtu 24 Dis 2011) sekali lagi bersarapan di warung tu.. Minggu lepas dah pi dah.. Warung nya biasa2 je.. Dah namapun warung, mana nak sama macam restauran, ye dak?.. huhu.. Rasa2nya orang yang tinggal kat area Beserah mesti tau kalau sebut warung ceri ni.. Bagi yang tak tau lagi ni nak habaq pi apa yang syok sangat kat warung tu.. Menu yang paling best kat situ ialah nasi berlauknya.. Kalau sapa2 penggemar nasi berlauk yang dok area berdekatan boleh lah pi try kat situ pula.. Rasanya mak aiii.. memang sedapppp.. sebijik macam nasi berlauk.. huhu..

Jom tengok gambar warung ceri beserah yang sempat dirakam pagi tadi dan pagi Sabtu minggu lepas.. Jomm...


Haaa.. Ini lah dia Warung Ceri Beserah, lokasinya tak jauh dari bandar Kuantan. Berada disebelah kiri jalan menghala ke bandar Kuantan dari Balok.. Tak jauh dari stesen minyak mobil kalau tak silap.. Datang jangan tak datang ye..


Yang ni gambar orang yang kekenyangan makan nasi berlauk kat warung ceri beserah Sabtu minggu lepas.. Nampak tak keceriaan mereka tu?.. Ceria bukan?.. huhu..


Dua gambar di atas ni gambar pagi ni..Kalau tak silap ada tiga jenis lauk untuk nasi berlauk tu.. Yang paling aku suka lauk ikan aya a.k.a ikan tongkol, kalau tak suka ikan, lauk ayam dan kambing pun ada juga.. 

Insyallah rasanya kejap lagi nak pi makan tengahari kat area situ juga, tapi bukan kat warung ceri tu.. Kali ni nak pi makan kat satu lagi warung yang sedikit tersembunyi dalam kampung.. Lokasinya agak jauh dari jalan utama, terpaksa masuk kampung dulu baru jumpa.. menu paling aku suka kat warung tu ialah mee chalong.. memang sodappp.. Jom pi makan mee chalong.. hehe..

Adiosssssssss... Jumpa lagi di lain entri..


>..<

Sunday, November 6, 2011

Flight FY1034

As Salam..
Bertemu kembali di entri terbaru.. ni pun dah berapa lama tak update blog ni.. Sibuk kot... Walaubagaimanapun sesekali kena update juga.. bukannya nak tinggal terus pun blog ni.. Kalau ada kelapangan tu Insyallah akan diupdate juga..

Cerita kali ni berkenaan dengan flight FY1034 (Kuantan - Penang) pada 3 Nov 11 yang lepas..
Disebabkan terdesak nak cepat maka pada 2 Nov 11 pi beli tiket untuk dua orang bagi menaiki pesawat firefly, Flight FY1034 perjalanan dari Kuantan ke Penang..Yang menariknya penerbangan kali ni adalah anak kecil ku ikut sekali.. Inilah kali pertama dia naik kapal terbang.. Sebelum tempah tiket abahnya dah tanya.. "adik.., adik nak naik kapal terbang tak?".. Jawab anak kecil ku.. " Nak, nak.. seronoknya nak naik aeroplane".. Kata dia kat abahnya..

Pada hari berlepas sesampai je di Kuantan Airport anak kecik ku bertanya lagi.. "Abah.. adik nak naik kapal terbang ke?".. Abahnya jawab.. "Ye la.. Kita naik kapal terbang pi ambik mak kat Penang... Lepas ambik mak nanti kita balik sini lah"..

Anak kecil ku hari tu seronok je aku tengok.. Asyik senyum memanjang.. Tambah pula masa berada di Departure Hall, pesawat firefly dah ada sedang menunggu.. Excited sangat dia hari tu nak naik kapal terbang buat kali pertama.. Jom tengok beberapa gambar yang sempat diambil pada hari tersebut..

V
V
V

Semasa baru sampai kat Kuantan Airport.. Lepak jap kat luar sebelum check in flight..

V
V
V

Seronok betul dia tengok kapal terbang dah ada masa menunggu kat balai berlepas.. cuma tunggu masa je nak naik.. 

V
V
V


Dua keping gambar sempat diambil semasa dalam pesawat.. Gambar di atas sebelum pesawat berlepas.. Gambar bawa pula selepas pesawat mendarat kat Penang..

V
V
V

Yang ni pula gambar setelah sampai di Penang Airport, semasa sedang menunggu maknya datang ambil dari Alor Setar.. Satu soalan telah ditanya kepada anak kecil ku ni.. "Adik.. Adik nak naik kapal terbang lagi tak?".. Jawab dia... "Tak nak..".. Lalu ditanya lagi.. "Kenapa adik tak nak naik kapal terbang?.. Adik takut ek..??".. Lantas dia bagi isyarat body language jer.. Di geleng-geleng kepalanya.. Lalu dia menjawab.. "Tak nak lah.. Dah sampai".. Itulah kata anak kecik ku atas soalan tersebut.. Lucu juga jawapan dia tu.. Aku senyum je dengan jawapan tu.. Dalam hati, Insyallah satu hari nanti akan dibawa naik lagi kapal terbang.. Mungkin semua ahli keluarga akan naik.. Mudah-mudahan akan menjadi kenyataan.. Amin...


Adiossss... Jumpa lagi di lain entri..
>..<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...